UNTUK HATI YANG HITAM PEKAT
Oh hati yang bergelar kalbu......
bagaimana untuk membasuh dirimu yang punyai titik hitam pekat,
padamu yang sememangnya keras dan berasa hebat,
ingatlah wahai hati, allah itu pemberi hidayah dan rahmat, jadi,
sujudkan diri padanya mohon hilang segala gelisah yang amat,
walaupun dirimu berbolak-balik sifat, seketika benar seketika tidak,
ketahuilah akan terang jika ada pedoman dan terbuka makrifat,
cuma dirimu selalu mengalah kerana nafsu sentiasa mendapat tempat,
menjadi raja dalam diri yang sudah berkarat.
kerana matamu tidak dapat memandang dengan tepat,
apa yang berlaku dalam tersirat,
cari lah murshyidmu supaya tidak sesat,
mintalah bimbingan supaya berkat, penyuluh yang benar dalam thorikat,
jangan lupa syaitan selalu berpakat,
janjinya sepanjang hayat, meniup was-was dalam firasat,
agar dirimu menjadi terlaknat,
berdeguplah dirimu bermohon hajat,
supaya allah mengangkat dirimu beberapa darjat,
ajarkan diri supaya berkhalwat kepada allah walaupun cuma sesaat,
menggetarkan bibir dengan istghfar yang pahalanya kan menjadi betingkat-tingkat,
dengannya harapan moga mendapat syafaat,
supaya diberi hidayah dan rasa bersyukur dengan nikmat,
supaya lembutnya dirimu dambakan sebuah makrifat,
supaya menjadi penggerak kepada kebaikan.......
DOA DITABAHKAN HATI,
Ya Allah, Ya Tuhanku bersihkanlah hati-hati kami dan tabahkanlah hati kami menghadapi mehnah dan ujianmu...Amin



0 comments:
Post a Comment