JANGANLAH KITA BERSEDIH.....
jangan bersedih, kerana qadha' telah ditetapkan,sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering,lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat, dan setiap perkara yang telah ditatpkan, betapapun, kesediahan kita tidak mendahulukan atau menterakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahklan atau mengurangi apa yang telah ditatapkan.
jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong kita untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan kebelakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula.
janganlah bersedih, kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah dimana-mana, mengubah cuaca langit dan merosakkan keindahan bunga-bunga yang sedang mekar ditaman.
janganlah bersedih,kerana orang yang bersedih itubagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. ia jug ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup benjana dari kulit yang berlubang, ibarat seorang yang menulis diatas air tangannya.
janganlah bersedih,sebab usia kita yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati kita. oleh sebab itu, jangan habiskan usia kita dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan kita tukar kebahagian dengan ketakutan, dan jangan kita mensisa-siakan waktu kita yang masih ada, kerana sesungguhnya allah tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan masa....
DOA KETIKA DALAM KESEDIHAN.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim
“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)



0 comments:
Post a Comment