Thursday, 3 May 2012


Empat Perkara Yang Diharamkan Bisnes

========================================================================
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.”  (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)
1) Arak. 
Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak atau khamar yang haram adalah arak yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain (wine) dan jika terkena pakaian hendaklah dibersihkan kerana ia adalah najis. Mazhab Hanafi tidak mengharamkan arak yang diperbuat daripada selain tamar, misalnya “stout” yang diperbuat daripada barli, tetapi sekiranya memabukkan ia menjadi haram. Apapun jauhi minuman yang was-was, jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak. Jauhi sebarang jual-beli atau perniagaan yang melibatkan arak samada dari anggur, tamar dan sebagainya.
2) Bangkai
Bangkai ialah apa-apa sembelihan yang tidak menepati hukum syarak dan bangkai bukanlah barang dagangan di sisi Islam. Bangkai itu haram kerana darahnya tidak mengalir keluar disebabkan tidak betul cara sembelihannya seperti tidak putus urat leher dan urat halkumnya.
Al-Maidah [3] Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dandarah ,
Belulang (kulit), tanduk atau gading tidak termasuk dalam kategori bangkai kerana bahagian ini tidak dimasukki darah.
3) Babi.
Semua mazhab sepakat bahawa babi adalah haram dan najis ain iaitu seluruh zatnya adalah najis. Kulit babi tetap tidak boleh dipakai walaupun disamak, sepakat kata dalam semua 4 mazhab.
4) Berhala
Islam mengharamkan penjualan patung makhluk bernyawa yang cukup anggotanya. Sesetengah cendekiawan berpendapat bahawa penjualan anak patung dibolehkan berdasarkan kepada hadith Aisyah bermain anak patung semasa kecil, sedangkan anak patung yang itu hanyalah dalam bentuk kain dan tidak cukup anggota seperti mata, mulut dan telinganya. Tambahan pula pada masa itu adalah permulaan Islam dan hukum juga belum mantap.
untuk perkongsian bersama:

BERSABARLAH WAHAI HATI.....

Alhamdulillah, Sungguh maha kuasa allah s.w.t  yang  mentadbir bumi .tuhan yang menciptakan kejadian yang indah dan menenangkan hati bila mata melihatnya. Sempena jumaat mulia ini. ku lahirkan rasa bersalah pada diri agar hatiku akan akur dan luntur kepada maha pencipta. Hati aku yang dahagakan sinar hidayahMU ya allah. Dimana  dan bagaimana untukku melepaskan diri dari cengkaman musuh ku ini iaitu nasfu yang menggelodak terhadap keduniaan semata-mata.
Sekali ku diuji olehMu,  aku jatuh tersungkur dan penuh dengan kesempitan terasa hidupku ini. terasa betapa sombongnya diri aku, betapa rugi dan berdosanya aku dengan perbuatan diriku selama ini. namun sifat penyayangMu dan rahmatMu  untuk hamba dan makhluknya sentiasa terbuka luas. Walaupun hati yang keras ini sukar untuk dilembutkan. Namun kekadang ia terhakis sedikit demi sedikit dek rasa kedaifan hati yang telah terusik dengan ujianMu....

Moga hatikan terdidik dan terasuh dengan ujian yang telah KAU berikan.....
Moga nafsu dipatahkan dengan air mata keinsafan....
Moga ego tertunduk kaku mengalah  tanpa kekuatan....
Moga hati menjadi bersih sebersih kain putih .......
Moga jiwa menjadi jernih seperti embun pagi yang bersinar dek pantulan mentari pagi...

“tiada yang lebih mudah selain yang enkau permudahkan , dan tiada yang payah selain yang enkau kehendaki”......

Tuesday, 28 February 2012


KALAM HAMBA 1 /18/02/2012
Alhamdulillah segala pujji bagi allah s.w.t. rasa bersyukur kupanjatkan kepadanya. takkala hujan  turun menyiram  menyuburkan bumi, aku melayang sejenak memikirkan diri. Terasa betapa sunyinya hati daku, tidak terisi dengan manfaat yang allah  s.w.t kurniakan.  Dalam kesunyian itu pula aku diuji tuhan dengan dugaan hidup. Masalah seolah-olah bertali arus menimpa daku, selepas satu masalah, satu masalah yang lain menimpa, apakah daku ini seorang yang tabah.daku sendiri tidak memahami perihal diri daku. Lemahnya daku dengan hati yang sentiasa berbolak balik. Menrungut? Perlukah aku merungut untuk masalah yang daku hadapi, sedangkan tuhan itu mengetahui apa yang terbaik diaturkan untuk makhluknya. Ya allah terlalu banyak banyak dosa yang daku lakukan . ampunkan lah dosa daku.  Hari demi hari usia makin meningkat umur semakin tua sedangkan amal  bagai semangkuk Cuma. Betapa sedikit amalku untuk persediaanku untuk mengahadapnya..
Hidup senang dan selesa semua insan mengimpikan keselesaan dalam hidupnya. Tidak seorang pun kalau ditanya sanggupkah kamu hidup dalam kepayahan dan kesusahan. Jawab mereka tentulah tidak, dan dalam menjawab persoalan itu juga tak kurang yang menipu diri sendiri. Kononnya mereka tabah dan boleh menerima apa yang berlaku, tetapi disebalik semua yang berlaku kepadanya, ia disembunyikan supaya pandangan mata kasar manusia akan silap menilainya.namun tidak kesemuanya begitu ada  yang dapat hidup secara wasatiah iaitu bersederhana, apa yang diperolehi disyukuri dan disebabkan itu mereka tabah dan cekal dalam menikmati kehidupan sehariannya. Tuhan kurniakan keberkatan keatas rezekinya walaupun hasil yang diperolehi tidak lah banyak namun mencukupi bagi dirinya. Allah lahirkan sifat bersyukur yang tinggi dalam dirinya. Allah lahirkan sifat redha pada hatinya dengan ketentuan terhadapnya.
Ya allah kau kurniakan lah keberkatan kepada rezeki yang daku perolehi , moga daku akan bersyukur dengan nikmatmu itu. Dek masalah yang menimpa , daku sering hilang pertimbangan, tidak mengetahui untuk memilih antara yang penting dan yang tidak penting, yang perlu dan tidak perlu, yang patut atau tidak patut dan sebagainya. Daku seakan-akan sering silap memilih langkah, disebabkan pilihanku tidak tepat , maka ramailah yang memandang dan memberi penilaian, mereka ini bijak menilai, segalanya bagaikan benar ditelinga pendengarnya, namun mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan dengan menipu diri dan orang lain. Mereka tidak tahu ape yang daku hadapi, mereka tidak hidup dalam masalahku dan mereka tidak faham permasalahanku . kenapa begitu, kerana mereka menafsir hanya dari luar  dan tidak menyelaminya...
Tidak semua antara manusia akan memahami  diri dan orang lain kerana kemampuannya terbatas. Manusia tidak dapat melihat apa yang akan berlaku namun tuhan kurniakan akal sebagai kelebihan untuk berfikir. Namun fikiran itu sentiasa terpesong kerana mata hatinya tertutup. Buah fikirannya persis seorang presiden yang petah bercakap dan bijak berhujjah. Di tanya kepada pendengarnya jawabnya   “kamu memang hebat” . mereka bijak memberi idea namun semuanya  sia-sia kerana mereka hanya bercakap kosong, mereka bijak memberi pendapat namun sia-sia kerana mereka hanya kerana mahu berada di dalam kumpulan, mereka bijak memberi buah fikiran  namun sia-sia kerana fikirannya bermatlamat sebaliknya. Mereka bijak dalam menyelesaikan masalah namun masalah sendiri belum selesai. Dan banyak yang boleh diperhatikan . 
Ya allah ampukan daku kerana iman ku yang lemah dek badai melanda. Daku tak mampu memahami  sifat-sifat manusia yang  bermacam ragam ini. Ampunkan dosaku ya rabb al-amin...