Thursday, 3 May 2012


Empat Perkara Yang Diharamkan Bisnes

========================================================================
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.”  (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)
1) Arak. 
Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak atau khamar yang haram adalah arak yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain (wine) dan jika terkena pakaian hendaklah dibersihkan kerana ia adalah najis. Mazhab Hanafi tidak mengharamkan arak yang diperbuat daripada selain tamar, misalnya “stout” yang diperbuat daripada barli, tetapi sekiranya memabukkan ia menjadi haram. Apapun jauhi minuman yang was-was, jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak. Jauhi sebarang jual-beli atau perniagaan yang melibatkan arak samada dari anggur, tamar dan sebagainya.
2) Bangkai
Bangkai ialah apa-apa sembelihan yang tidak menepati hukum syarak dan bangkai bukanlah barang dagangan di sisi Islam. Bangkai itu haram kerana darahnya tidak mengalir keluar disebabkan tidak betul cara sembelihannya seperti tidak putus urat leher dan urat halkumnya.
Al-Maidah [3] Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dandarah ,
Belulang (kulit), tanduk atau gading tidak termasuk dalam kategori bangkai kerana bahagian ini tidak dimasukki darah.
3) Babi.
Semua mazhab sepakat bahawa babi adalah haram dan najis ain iaitu seluruh zatnya adalah najis. Kulit babi tetap tidak boleh dipakai walaupun disamak, sepakat kata dalam semua 4 mazhab.
4) Berhala
Islam mengharamkan penjualan patung makhluk bernyawa yang cukup anggotanya. Sesetengah cendekiawan berpendapat bahawa penjualan anak patung dibolehkan berdasarkan kepada hadith Aisyah bermain anak patung semasa kecil, sedangkan anak patung yang itu hanyalah dalam bentuk kain dan tidak cukup anggota seperti mata, mulut dan telinganya. Tambahan pula pada masa itu adalah permulaan Islam dan hukum juga belum mantap.
untuk perkongsian bersama:

0 comments: