Thursday, 3 May 2012


Empat Perkara Yang Diharamkan Bisnes

========================================================================
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.”  (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)
1) Arak. 
Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak atau khamar yang haram adalah arak yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain (wine) dan jika terkena pakaian hendaklah dibersihkan kerana ia adalah najis. Mazhab Hanafi tidak mengharamkan arak yang diperbuat daripada selain tamar, misalnya “stout” yang diperbuat daripada barli, tetapi sekiranya memabukkan ia menjadi haram. Apapun jauhi minuman yang was-was, jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak. Jauhi sebarang jual-beli atau perniagaan yang melibatkan arak samada dari anggur, tamar dan sebagainya.
2) Bangkai
Bangkai ialah apa-apa sembelihan yang tidak menepati hukum syarak dan bangkai bukanlah barang dagangan di sisi Islam. Bangkai itu haram kerana darahnya tidak mengalir keluar disebabkan tidak betul cara sembelihannya seperti tidak putus urat leher dan urat halkumnya.
Al-Maidah [3] Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dandarah ,
Belulang (kulit), tanduk atau gading tidak termasuk dalam kategori bangkai kerana bahagian ini tidak dimasukki darah.
3) Babi.
Semua mazhab sepakat bahawa babi adalah haram dan najis ain iaitu seluruh zatnya adalah najis. Kulit babi tetap tidak boleh dipakai walaupun disamak, sepakat kata dalam semua 4 mazhab.
4) Berhala
Islam mengharamkan penjualan patung makhluk bernyawa yang cukup anggotanya. Sesetengah cendekiawan berpendapat bahawa penjualan anak patung dibolehkan berdasarkan kepada hadith Aisyah bermain anak patung semasa kecil, sedangkan anak patung yang itu hanyalah dalam bentuk kain dan tidak cukup anggota seperti mata, mulut dan telinganya. Tambahan pula pada masa itu adalah permulaan Islam dan hukum juga belum mantap.
untuk perkongsian bersama:

BERSABARLAH WAHAI HATI.....

Alhamdulillah, Sungguh maha kuasa allah s.w.t  yang  mentadbir bumi .tuhan yang menciptakan kejadian yang indah dan menenangkan hati bila mata melihatnya. Sempena jumaat mulia ini. ku lahirkan rasa bersalah pada diri agar hatiku akan akur dan luntur kepada maha pencipta. Hati aku yang dahagakan sinar hidayahMU ya allah. Dimana  dan bagaimana untukku melepaskan diri dari cengkaman musuh ku ini iaitu nasfu yang menggelodak terhadap keduniaan semata-mata.
Sekali ku diuji olehMu,  aku jatuh tersungkur dan penuh dengan kesempitan terasa hidupku ini. terasa betapa sombongnya diri aku, betapa rugi dan berdosanya aku dengan perbuatan diriku selama ini. namun sifat penyayangMu dan rahmatMu  untuk hamba dan makhluknya sentiasa terbuka luas. Walaupun hati yang keras ini sukar untuk dilembutkan. Namun kekadang ia terhakis sedikit demi sedikit dek rasa kedaifan hati yang telah terusik dengan ujianMu....

Moga hatikan terdidik dan terasuh dengan ujian yang telah KAU berikan.....
Moga nafsu dipatahkan dengan air mata keinsafan....
Moga ego tertunduk kaku mengalah  tanpa kekuatan....
Moga hati menjadi bersih sebersih kain putih .......
Moga jiwa menjadi jernih seperti embun pagi yang bersinar dek pantulan mentari pagi...

“tiada yang lebih mudah selain yang enkau permudahkan , dan tiada yang payah selain yang enkau kehendaki”......