alhamdulillah lama sudah Hamba tak update blog ni , terlintas dihati hari ini nak buka blog ni. hamba tengok dan baca blog-blog kat internet semuanya ada kreativiti sendiri dalam mengaplikasikan teknologi maklumat ni. yang penting byk antara blog yang Hamba ziarah berilmiah dah terima kasih untuk mereka yang berkongsi ilmu dengan yang lain. sifat berkongsi ilmu ini mulia, ilmu yang dikongsi itu tak sikitpun berkurang bahkan allah tambahkan lagi kelebihan pada mereka yang berkongsi ilmu dengan kefahaman yang lebih baik.
Hamba pulak. dah setahun berkerja nampak macam tak da pa pe perubahan jew. setakat tu jew (mengeluh ke.. : >), sedih ,pilu, gembira , marah , semua ada. tapi itu lah asam garam kehidupan.macam semua orang jugak masing-masing ada persoalan hidupnya sendiri. begitu jugak Hamba ini. mcm2 persoalan jew timbul kat minda. pikir nak jadi lebih baik. fikir nak jadi lebih selesa, fikir nak jadi insan bersyukur. fikir nak lari dari masalah dan mcm2 lagi...tapi kan lebih baik jika fikir kita tu, tentang suruhan allah, Hamba minta kpd allah moga terus lapangkan hati , lapangkan jiwa. dan hamba terasa diri Hamba makin hari makin gelap hati dan makin kering amal kebaikan hamba kerjakan untuk yang MAHA ESA...kenapa?......kena pikir tu...... (gelap hati ke?)..ish-ish teruk benar tu ..!!astaghfirullah al-'azim....ampunkanlah Hamba, ya allah..... banyak benar dosa terasa kat diri Hamba ini.... Hamba ini selalu jew cakap kosong n kosong n kosong, berfaedah ke tu?....ruginya diri.
insyallah. Hamba cuba pasangkan azam suapaya Hamba akan berubah kepada yang lebih,....
dan untuk itu. Hamba perlukan sokongan dari semua..... insyallah.
*=============================
bulan 12 , pantai timur dilanda tenkujuh,
hujan lebat selalu jadi air BAH,
walau Hamba selalu terjatuh dan rebah,
tak bermaksud Hamba harus kaku dan mengalah,
moga ada pendorong memberi jalan dan arah,
supaya allah mencurah berkat dan hidayah......
===============================*
-kalam Hamba-


0 comments:
Post a Comment