Tuesday, 28 February 2012


KALAM HAMBA 1 /18/02/2012
Alhamdulillah segala pujji bagi allah s.w.t. rasa bersyukur kupanjatkan kepadanya. takkala hujan  turun menyiram  menyuburkan bumi, aku melayang sejenak memikirkan diri. Terasa betapa sunyinya hati daku, tidak terisi dengan manfaat yang allah  s.w.t kurniakan.  Dalam kesunyian itu pula aku diuji tuhan dengan dugaan hidup. Masalah seolah-olah bertali arus menimpa daku, selepas satu masalah, satu masalah yang lain menimpa, apakah daku ini seorang yang tabah.daku sendiri tidak memahami perihal diri daku. Lemahnya daku dengan hati yang sentiasa berbolak balik. Menrungut? Perlukah aku merungut untuk masalah yang daku hadapi, sedangkan tuhan itu mengetahui apa yang terbaik diaturkan untuk makhluknya. Ya allah terlalu banyak banyak dosa yang daku lakukan . ampunkan lah dosa daku.  Hari demi hari usia makin meningkat umur semakin tua sedangkan amal  bagai semangkuk Cuma. Betapa sedikit amalku untuk persediaanku untuk mengahadapnya..
Hidup senang dan selesa semua insan mengimpikan keselesaan dalam hidupnya. Tidak seorang pun kalau ditanya sanggupkah kamu hidup dalam kepayahan dan kesusahan. Jawab mereka tentulah tidak, dan dalam menjawab persoalan itu juga tak kurang yang menipu diri sendiri. Kononnya mereka tabah dan boleh menerima apa yang berlaku, tetapi disebalik semua yang berlaku kepadanya, ia disembunyikan supaya pandangan mata kasar manusia akan silap menilainya.namun tidak kesemuanya begitu ada  yang dapat hidup secara wasatiah iaitu bersederhana, apa yang diperolehi disyukuri dan disebabkan itu mereka tabah dan cekal dalam menikmati kehidupan sehariannya. Tuhan kurniakan keberkatan keatas rezekinya walaupun hasil yang diperolehi tidak lah banyak namun mencukupi bagi dirinya. Allah lahirkan sifat bersyukur yang tinggi dalam dirinya. Allah lahirkan sifat redha pada hatinya dengan ketentuan terhadapnya.
Ya allah kau kurniakan lah keberkatan kepada rezeki yang daku perolehi , moga daku akan bersyukur dengan nikmatmu itu. Dek masalah yang menimpa , daku sering hilang pertimbangan, tidak mengetahui untuk memilih antara yang penting dan yang tidak penting, yang perlu dan tidak perlu, yang patut atau tidak patut dan sebagainya. Daku seakan-akan sering silap memilih langkah, disebabkan pilihanku tidak tepat , maka ramailah yang memandang dan memberi penilaian, mereka ini bijak menilai, segalanya bagaikan benar ditelinga pendengarnya, namun mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan dengan menipu diri dan orang lain. Mereka tidak tahu ape yang daku hadapi, mereka tidak hidup dalam masalahku dan mereka tidak faham permasalahanku . kenapa begitu, kerana mereka menafsir hanya dari luar  dan tidak menyelaminya...
Tidak semua antara manusia akan memahami  diri dan orang lain kerana kemampuannya terbatas. Manusia tidak dapat melihat apa yang akan berlaku namun tuhan kurniakan akal sebagai kelebihan untuk berfikir. Namun fikiran itu sentiasa terpesong kerana mata hatinya tertutup. Buah fikirannya persis seorang presiden yang petah bercakap dan bijak berhujjah. Di tanya kepada pendengarnya jawabnya   “kamu memang hebat” . mereka bijak memberi idea namun semuanya  sia-sia kerana mereka hanya bercakap kosong, mereka bijak memberi pendapat namun sia-sia kerana mereka hanya kerana mahu berada di dalam kumpulan, mereka bijak memberi buah fikiran  namun sia-sia kerana fikirannya bermatlamat sebaliknya. Mereka bijak dalam menyelesaikan masalah namun masalah sendiri belum selesai. Dan banyak yang boleh diperhatikan . 
Ya allah ampukan daku kerana iman ku yang lemah dek badai melanda. Daku tak mampu memahami  sifat-sifat manusia yang  bermacam ragam ini. Ampunkan dosaku ya rabb al-amin...

Monday, 20 February 2012

Azam baru...

alhamdulillah lama sudah Hamba tak update blog ni , terlintas dihati hari ini nak buka blog ni. hamba tengok dan baca blog-blog kat internet semuanya ada kreativiti sendiri dalam mengaplikasikan teknologi maklumat ni. yang penting byk  antara blog yang Hamba ziarah berilmiah dah terima kasih untuk mereka yang berkongsi ilmu dengan yang lain. sifat berkongsi ilmu ini mulia, ilmu yang dikongsi itu tak sikitpun berkurang bahkan allah tambahkan lagi kelebihan pada mereka yang berkongsi ilmu dengan kefahaman yang lebih baik.

Hamba pulak. dah setahun berkerja nampak macam tak da pa pe perubahan jew. setakat tu jew (mengeluh ke.. : >), sedih ,pilu, gembira , marah , semua ada. tapi itu lah asam garam kehidupan.macam semua orang jugak masing-masing ada persoalan hidupnya sendiri. begitu jugak Hamba ini. mcm2 persoalan jew timbul kat minda. pikir nak jadi lebih baik. fikir nak jadi lebih selesa, fikir nak jadi  insan bersyukur. fikir nak lari dari masalah dan mcm2 lagi...tapi kan lebih baik jika fikir kita tu, tentang suruhan allah, Hamba minta kpd allah moga terus lapangkan hati , lapangkan jiwa. dan hamba terasa diri Hamba makin hari makin gelap hati dan makin kering amal kebaikan hamba kerjakan untuk yang MAHA ESA...kenapa?......kena pikir tu...... (gelap hati ke?)..ish-ish teruk benar tu ..!!

astaghfirullah al-'azim....ampunkanlah Hamba, ya allah..... banyak benar dosa terasa kat diri Hamba ini.... Hamba ini selalu jew cakap kosong n kosong n kosong, berfaedah ke tu?....ruginya diri.

insyallah. Hamba cuba pasangkan azam suapaya Hamba akan berubah kepada yang lebih,....
dan untuk itu. Hamba perlukan sokongan dari semua..... insyallah.

*=============================
bulan 12 , pantai timur dilanda tenkujuh,
hujan lebat selalu jadi air BAH,
walau Hamba selalu terjatuh dan rebah,
tak bermaksud Hamba harus kaku dan mengalah,
moga ada pendorong memberi jalan dan arah,
supaya allah mencurah berkat dan hidayah......
===============================*
-kalam Hamba-