Tuesday, 19 June 2012

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah,menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.....


-kalamhamba-

Sunday, 10 June 2012

Bismillahirahmanirahim,  lama tak intai blog saya yang tak seberaPa ni. hari ini ada kesempatan jadi nak catatkan perkongsian bersama.  

MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK....

Dalam perhubungan sesama makhluk kita sebagai manusai tidak terlepas dari melakukan kesilapan. ada kesilapan yang kita sedar yang perlakuan kita itu telah tersilap. dan ada juga perlakuan kita itu tanpa disedari telah melukakan hati orang lain. ramai antara kita tahu bahawa memaafkan kesilapan itu lebih mulia sifatnya. namun berapa ramai yang sudi berkata " maafkan saya untuk kesilapan saya" .

MAAFKAN...

Sekalimah kata yang akan memberikan sentuhan istimewa kepada pendengarnya....
Kenapa sukar untuk melafazkan M.A.A.F? 
Egokah??
Sungguhpun tiada salah yang kita rasa telah terlanjur
Tapi jika ada hati yang terguris, kecewa, adakah kita tahu??
Sombongkah??
Tiada hati yang terguris bisa bersuara 'HATIKU TERGURIS KECEWA'
Tiada!! dan Tidak akan pernah ada!!
Ah kenapa sahaja hati du'at ini tidak peka dengan sebuah kemaafan
Hinakah orang yang memohon kemaafan, walau mungkin sahaja tiada kesalahan yang terlanjur..
Maaf bukan beerti kamu telah melakukan kesalahan
Maaf itu tanda >> andai ada kesalahan pada kamu, Maafi aku ya..
Berdosakah memohon maaf
Wahai manusia yang berlagak!!Sila hentikan lagakkan kamu, kerana kamu hanya manusia..

Wahai hati,
Mungkin ada saja sahabatmu yang menghulurkan maaf bukan dengan kata-kata
Mengungkapkan maaf tidak wajib dengan kata-kata
Sesungguhnya kamu lebih mengerti sahabatmu
MaafkanLah segala kesalahan mereka duhai hati
Memaafkan itu sebuah kedamaian yang menenangkan
Tamatkanlah rajukanmu
Mulakanlah segala yang baru.....

"Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)"


disebalik semua yang berlaku kita harus akui yang MAHA PEngampun adalah Allah s.w.t.

p/s: untuk diriku yg sombong...mari beristighfar: astaghfirullah.