DimaNa PeNghijRahaN Ku.......
Apa yang kita maksudkan di sebalik satu
penghijrahan? kita x perlu tunggu satu Muharam untuk
berhijrah, setiap hari kita boleh berhijrah.. berhijrah kepada sesuatu yg pastinya lebih baik dari yang kita ada sekarang.. dan pastinya aku akan berhijrah dan terus berhijrah dr kehidupan semalam yang telah menjadi coretan sejarah yang x mungkin dapat diubah lagi. Andai aku di beri peluang, kesempatan dan permintaan yang pasti dimakbulkan, akan ku mohon pada-Mu moga aku dapat kembali ke masa lalu agar dapat ku ubah setiap sesuatu yang mencorak, membebani dan mempengaruhi hidupku pada hari ini dan juga mungkin untuk hari-hari esok yang belum pasti. Tuhanku, bantulah aku untuk berhijrah kepada kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Sesungguhnya Kau yg Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Aminnn.

Kadangkala aku xtau apa yg aku cari dlm hidup ini..kdgkala aku x tau siapakah diriku ini sebenarnya dan kadangkala tu aku x dapat menilai antara fantasi dan realiti.. bg yg mengenaliku secara luaran, ramai yg akan ckp “ko ni aku tgk happy je”, “ko ni x penah ade mslh ke?”.. sedangkan sebenarnya hidupku tgh berlawan dengan masalah.. dan mcm tu jugak la mungkin aku bila melihat diri org lain.. tp, aku tau x mungkin manusia didunia ni x pernah x ade masalah, pasti akan ade masalah.. sebab
Allah jadikan masalah dan dugaan itu utk menguji, mengajar dan mematangkan kita agar kita lebih kuat dan tabah utk menghadapi hidup ini. Tp, manusia selalu alpa termasuklah diriku..selalu anggap segala dalam hidup ini mudah. Banyak perkara yg kita abaikan, dan yang pasti apa yg sering kita utamakan hanyalah hak kita dan diri kita sendiri.. kadang2 tu ada manusia yg x pernah fikir tentang hak orang lain..keselesaan diri yg selalu jd keutamaan ..hati dan perasaan org lain xpenah diambil peduli. Sedar x yg kita suka bersuara pada perkara yang x sepatutnya..tp kita jd bisu dan pekak bila apa yg diluar jangkaan kita menjadi kenyataan..dan kita x pernah ingin untuk memperbetulkannya… sebab ape jd begitu? sebab kita selalu hidup dalam hipokrit dan tanpa keberanian… benarlah kata org, kita hanya sedar yang kita “memiliki” sesuatu bila kita telah kehilangannya…dan pastinya
prinsip hidupku, jika aku tidak ingin dikecewakan, akan ku elak dari mengecewakan sesiapa pun di dunia ni. Namun, aku tau aku pernah juga mengecewakan. Bagi setiap seseorg yang penah rasa kecewa ngan diriku, maafkan lah aku kerana aku bukan manusia sempurna. Mungkin hati aku terlalu lembut, mudah simpati dan sering sedih bila melihat kesusahan org lain. Tp, aku lupa bahawa diriku sendiri juga patut aku kasihani.
Dalam kehidupan ini..banyak kesilapan, kealpaan dan kesusahan yg telah aku lakukan & hadapi.. tp, dlm x sedar aku juga berbangga atas kesilapan yang aku telah buat..kerana dengan kesilapan dalam hidup akulah yg buat aku belajar untuk menjadi kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan didunia yang penuh dgn dugaan dan cabaran nie. Aku sentiasa pegang satu prinsip iaitu “belajar dari kesilapan”.. tp, mengapa kesilapan yg sama aku lakukan? adakah kerana aku x belajar utk menerima kesilapan itu atau aku x mengaku bahawa aku dah buat silap? aku tau sejauh mana pun aku pergi…sekuat mana pun aku lari…aku xkan dapat menghidari realiti kehidupan ini, hidup yg sebenarnya satu perjalanan sukar & mencabar bg yang mengenal erti sebenar sebuah kehidupan.
Wajarkah aku mengaku di usia sebegini aku telah tahu selok belok kehidupan didunia ini? Mana mungkin.. selagi aku hidup selagi itu aku akan terus belajar mengenal kehidupan… sehingga Allah memanggil aku untuk kembali ke sisi-Nya. Dan yg pasti, disaat rohku tiada lagi dijasadku…aku tetap akan di ajar tentang bagaimana untuk aku menjawab segala soalan yg akan di soal nti dan juga tentang kehidupanku di alam yang satu lagi. Bersediakah aku andai esok aku dipanggil?
Hari-hari semalam telah mengajar aku bahawa buat perkara baik kepada manusia tak semestinya aku akan dibalas dengan kebaikan oleh manusia itu sendiri.. aku juga belajar agar tidak pernah terfikir untuk mengharap apa-apa balasan.. cukup untuk aku tahu bahawa Penciptaku MAHA MENGETAHUI apa yg terbaik untuk diriku. Aku juga belajar bahawa org yg mempunyai senyuman yg manis adlh org yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun”.. lalu sambil berkata “ya Tuhanku, aku redha dengan ketentuanMu ini" dan smbl mengukir senyuman. Ya, aku akan terus tersenyum di dalam meneruskan hidup ini. Semoga Allah beri aku kekuatan & ketabahan hati di dalam menghadapi segala dugaan & cabaran hidup ini. Dan aku tahu, Allah sebagaimana firmannya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yg bermaksud "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Dan satu yg aku tanamkan dalam diriku, semakin kuat atau semakin banyak dugaan yang menimpa diriku itu sebenarnya adalah tanda Allah amat menyayangiku kerana dengan semua itu aku akan lebih banyak belajar seterusnya menjadi manusia & hambaNya yg lebih baik & berguna. Aku tahu setiap segala yang menimpa diriku ada hikmahnya, aku hanya berserah kepadaMu Tuhanku yg Maha Berkuasa dan hanya Kau saje yg tau segala yg terbuku dihatiku.
ya ALLAH ya tuhanku.......
"Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'ualul hazna idzaa syi'ta sahlan."
amin...
MAKSUDNYA: Ya Allah, tiada yang mudah selain yang Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau mengkehendakinya jadi mudah.(Riwayat Ibnu Hibban)